Pusat Rujukan STI Negara

-A A +A

 

Produk Dan Teknologi Tempatan Yang Berpotensi Untuk Dikomersialkan (TECHMart)

Anda di sini

Sehingga 29 Februari 2016, pangkalan data TECHMart mangandungi 3,834 rekod produk atau teknologi hasil daripada aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) penyelidik tempatan. Produk/teknologi ini merupakan mempunyai ciri-ciri ciptaan baharu, berinovasi dan ditambah nilai yang berpotensi untuk dikomersialkan.

 

Bilangan Produk/Teknologi Mengikut Bidang

Gambar rajah memaparkan bilangan produk/teknologi mengikut bidang penyelidikan di mana Engineering Sciences, ICT Technologies dan Applied Sciences and Technologies merupakan bidang utama penghasilan produk/teknologi yang berpotensi untuk dikomersialkan. Manakala bidang seperti Forestry Sciences, Mathematical Sciences dan Earth Sciences kurang menghasilkan produk bernilai komersial.

Bilangan Produk/Teknologi Mengikut Kategori Organisasi

Pecahan bilangan produk/teknologi tempatan mengikut kategori organisasi seperti gambar rajah di atas menunjukkan bahawa sebahagian besar produk/teknologi yang berpotensi untuk dikomersialkan ialah hasil daripada aktiviti R&D yang dijalankan di Institusi Pengajian Tinggi Awam diikuti oleh Syarikat Swasta, Agensi Kerajaan dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta.

Bilangan Produk/Teknologi Mengikut Jenis Harta Intelek

Gambar rajah ini pula menunjukkan bilangan produk/teknologi mengikut jenis harta intelek. Paten merupakan jenis harta intelek utama bagi perlindungan hak bagi pemilikan produk/teknologi yang dihasilkan diikuti hakcipta, cap dagang, reka bentuk industri dan perlindungan harta intelek yang lain. Ini kerana produk/teknologi hasil penyelidikan dalam bidang kejuruteraan dan sains teknologi gunaan lazimnya mendaftarkan ciptaan atau hasil penyelidikan melalui paten yang mempunyai nilai komersial tinggi.

Kemaskini: 
06 Februari 2018

Hebahkan Maklumat

MASTIC sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan maklumat STI yang berkualiti dan melaksanakan penambahbaikan serta menambah nilai perkhidmatan secara berterusan yang menjangkaui kepuasan pelanggan

Hubungi Kami

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Aras 4, Blok C5, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62662 Putrajaya, Malaysia

  Talian Terus: (603) 8885 8038

  Talian Utama: (603) 8885 8000

  Faks: (603) 8889 2980

  E-mel: mastic@mastic.gov.my

Layout Style

Page width: 1170px

Header

Direction

Predefined Colors

Background

Kod QR

QR Code for https://mastic.mosti.gov.my/ms/statistik/produk-dan-teknologi-tempatan-yang-berpotensi-untuk-dikomersialkan-techmart
  • Jumlah Pelawat: 1236629