Pusat Rujukan STI Negara

-A A +A

 

Kajian Kesedaran Awam Mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Malaysia

Anda di sini

Rajah 1 : Minat Awam Terhadap Isu-isu S&T
Rajah 1 : Minat Awam Terhadap Isu-isu S&T
Secara keseluruhannya, rakyat Malaysia menunjukkan rasa minat terhadap bidang STI berbanding yang tidak pasti atau tidak tahu mengenai STI (Rajah 1).

Kebanyakan responden (84%) menyatakan bahawa mereka berminat atau sangat berminat dalam "penggunaan ciptaan baru dan teknologi", diikuti dengan "penemuan baru perubatan" (79%), "inovasi" (78%) dan "penemuan saintifik baru" (76%).
Rajah 2 : Pengetahuan Awam Terhadap Isu-isu S&T
Rajah 2 : Pengetahuan Awam Terhadap Isu-isu S&T
Kurang daripada separuh responden (46%) dapat menjawab soalan-soalan berpengetahuan fakta dengan betul dalam kajian 2014  (Rajah 2).

Purata tahap pengetahuan awam tentang STI berlegar di bawah 50% sejak 16 tahun yang lalu (1998 hingga 2014).

Kebanyakan rakyat Malaysia menjawab "bumi bergerak mengelilingi matahari" (85%) dan "pusat bumi adalah sangat panas" (75%) dengan betul.

Rajah 3 : Sikap Awam Terhadap Isu-isu S&T
Rajah 3 : Sikap Awam Terhadap Isu-isu S&T
Lebih daripada separuh responden (53%) dalam kajian 2014 berpendapat bahawa kajian saintifik adalah lebih banyak faedah daripada kesan berbahaya, 33% menyatakan kesannya adalah lebih kurang sama, 4% berpendapat bahawa kajian saintifik mendatangkan lebih banyak kesan berbahaya daripada faedah, manakala 10% tidak pasti (Rajah 3).
Rajah 4 : Pemahaman Awam Terhadap Isu-isu S&T
Rajah 4 : Pemahaman Awam Terhadap Isu-isu S&T
Televisyen merupakan media massa yang paling popular di Malaysia, dan 89% daripada responden menggunakan televisyen sebagai sumber maklumat untuk pembelajaran STI (Rajah 4).

Selain itu, media massa yang popular untuk maklumat berkaitan dengan STI adalah surat khabar bercetak (63%), diikuti dengan Internet (53%), radio (43%), buku (39%) dan majalah bercetak (24%).
Rajah 5 : Sumber bagi Memperoleh Maklumat S&T
Rajah 5 : Sumber bagi Memperoleh Maklumat S&T
Zoo (31%) dan muzium (23%) adalah dua tempat berkaitan dengan STI yang paling popular (Rajah 5).

13% daripada responden telah membuat sekurang-kurangnya satu lawatan ke akuarium dalam tempoh 12 bulan, 10% daripada responden telah melawat PETROSAINS dan masing-masing 7% telah melawat Pusat Sains Negara dan Planetarium.
MASTIC sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan maklumat STI yang berkualiti dan melaksanakan penambahbaikan serta menambah nilai perkhidmatan secara berterusan yang menjangkaui kepuasan pelanggan

Hubungi Kami

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Aras 4, Blok C5, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62662 Putrajaya, Malaysia

  Talian Terus: (603) 8885 8038

  Talian Utama: (603) 8885 8000

  Faks: (603) 8889 2980

  E-mel: mastic@mastic.gov.my

Layout Style

Page width: 1170px

Header

Direction

Predefined Colors

Background

Pautan

1 Malaysiawww.1malaysia.com.mywww.mosti.gov.mywww.1dana.gov.mywww.1dana.gov.my
www.yim.mymyideas.aplikasi.mySTI Linkswww.digitalmalaysia.myniceexpo.mosti.gov.my

ePenyertaan

Kod QR

QR Code for https://mastic.mosti.gov.my/ms/statistik/kandungan-statistik/row/pola-perkembangan-sti/kajian-kesedaran-awam-mengenai-sains
  • Jumlah Pelawat: 1066771