Soalan Lazim Untuk Portal MASTIC

 

1.     Apakah pangkalan data yang terdapat di MASTIC?

MASTIC mempunyai  lima (5)  pangkalan data  utama yang dibangunkan iaitu:

a.     Modal Insan STI berkaitan pakar dalam pelbagai bidang S&T;

b.     Inventori Kemudahan dan Peralatan STI;

c.      Produk and Teknologi STI tempatan yang berpotensi untuk dikomersilkan (TECHMart);

d.     Senarai Organisasi STI; dan

e.     Maklumat projek R&D

 

2.     Bagaimanakah pelanggan dapat mencapai maklumat yang disediakan oleh MASTIC?

Pelanggan perlu mendaftar sebagai pelanggan portal MASTIC bagi mengakses SEMUA pangkalan data dan maklumat yang disediakan.  Pendaftaran adalah PERCUMA.

 

3.     Saya pernah mendaftar sebelum ini, tapi saya terlupa ID Pengguna dan katalaluan. Bolehkah ID ini dikesan semula?

Semakan boleh dilakukan di ruangan "I forgot my password".  Katalaluan akan dihantar ke alamat email yang digunakan semasa pendaftaran.

 

4.     Bagaimanakah MASTIC membangunkan petunjuk STI Negara?

MASTIC membangunkan petunjuk-petunjuk STI melalui pengumpulan, penganalisisan dan pengolahan data yang diperoleh daripada beberapa kajian STI iaitu: 

i.    Kajian R&D Kebangsaan;

ii.   Kajian Inovasi Bidang Pembuatan dan Perkhidmatan;

iii.  Kajian Kesedaran Awam Mengenai STI;dan

iv.  Kajian Bibliometrik Kebangsaan.

 

5.     Apakah maklumat penting negara yang ada dalam simpanan MASTIC?

MASTIC menyediakan maklumat Petunjuk STI negara bagi mengukur prestasi semasa dan melihat trend perubahan bidang sains, teknologi dan inovasi (STI).  Maklumat petunjuk STI ini dikumpul berdasarkan pencapaian negara dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan, inovasi, penerbitan saintifik dan tahap kesedaran dan minat masyarakat terhadap S&T.  Maklumat ini membolehkan Kerajaan dan stakeholder berkepentingan merancang dan menggubal polisi yang bersesuaian bagi memajukan bidang STI Negara.

 

6.     Siapakah responden yang terlibat dalam kajian-kajian STI MASTIC?

Responden bagi kajian-kajian ini merangkumi organisasi seperti berikut:

a.     Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta;

b.     Institut Penyelidikan Kerajaan;

c.      Agensi Kerajaan;

d.     Syarikat Berkaitan/Mengenai Kerajaan;

e.     Syarikat Swasta; dan

f.      Masyarakat umum (bagi Kajian Kesedaran Awam Mengenai STI sahaja).

 

7.     Bagaimanakah laporan berkaitan aktiviti STI boleh diperolehi?

MASTIC menerbitkan laporan aktiviti S&T negara berdasarkan kajian yang dijalankan secara berkala seperti berikut:

i.     Laporan Kajian Kesedaran Awam Mengenai Sains dan Teknologi (S&T)

ii.    Laporan Kajian Petunjuk S&T Kebangsaan

iii.   Laporan Kajian Inovasi Kebangsaan

iv.   Laporan Kajian Penyelidikan dan Pembangunan Kebangsaan

v.    Laporan Kajian Bibliometrik

vi.   Laporan Inventri Kajian Kemudahan dan Peralatan S&T

 

Maklumat Petunjuk STI dimuatkan dalam 2 bentuk iaitu statistik dan laporan-laporan Kajian STI. Kedua-dua format tersebut  boleh diperoleh secara PERCUMA di portal MASTIC www.mastic.gov.my. Maklumat ini boleh dicapai di portal melalui menu bar Penerbitan dan Statistik.  Hardcopy laporan boleh diperoleh dengan mengajukan permohonan secara bertulis atau e-mel kepada MASTIC.

 

8.        Selain mengakses pangkalan data dan data petunjuk STI, adakah perkhidmatan lain yang boleh digunakan oleh pelanggan MASTIC?

Selain dari pangkalan data dan data petunjuk STI, pelanggan MASTIC juga boleh menggunakan perkhidmatan perpustakaan.

 

 

9.        Bilakah waktu perkhidmatan perpustakaan?

Waktu perkhidmatan perpustakaan adalah seperti berikut:

HARI

WAKTU PEMBUKAAN

Isnin - Khamis

8.15 pagi - 5.30 ptg

Jumaat

8.15 pagi - 12.15 tgh

12.15 tgh - 2.45 ptg (TUTUP)

2.45 ptg - 5.30 ptg

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

TUTUP

 

 

10.   Siapakah yang boleh menggunakan perkhidmatan perpustakaan?  

Perkhidmatan perpustakaan hanya boleh digunakan oleh warga MOSTI dan agensi di bawahnya.  Walau bagaimanapun, pengguna luar masih boleh menggunakan perkhidmatannya dengan syarat menyertakan bersama surat daripada jabatan masing-masing atau mendaftar di dalam Buku Pelawat di kaunter perpustakaan.

 

11.   Selain membuat rujukan, adakah perkhidmatan lain disediakan kepada pengguna yang berkunjung ke Perpustakaan MOSTI?

Pengguna yang berkunjung ke Perpustakaan MOSTI boleh mengakses pangkalan data yang disediakan seperti Techwatch Explorer (maklumat teknologi untuk peluang perniagaan), Lawnet, Science Online, Palmolis dan NSTP e-media. Selain itu pengunjung juga boleh membuat capaian kepada pangkalan data dalaman seperti KRSTE.my dan MASTIClink.  Pengguna juga boleh mengakses portal MASTIC yang menyediakan pautan kepada pangkalan data Science Links Japan iaitu "gateway to Japan's scientific and technical information" yang mengandungi pangkalan data bibliographic, e-journal, penyelidik, institusi S&T dan lain-lain.