Kajian Kesedaran Awam Mengenai Sains, Teknologi & Inovasi (STI) Malaysia

LATAR BELAKANG

MASTIC melaksanakan pengumpulan data mengenai minat, sikap, pengetahuan, pemahaman dan kesedaran masyarakat Malaysia terhadap bidang STI. Kajian ini secara tidak langsung mengukur sejauh mana penglibatan dan penerimaan masyarakat umum terhadap program-program  STI yang dilaksanakan oleh Kerajaan.

Kajian Kesedaran Awam telah dilaksanakan oleh MASTIC secara dwitahunan sejak tahun 1996 dan kali terakhir pada tahun 2014. Mulai tahun 2008, Kajian ini diadakan sekali setiap Rancangan Malaysia mengambil kira trend yang tidak menunjukkan banyak perubahan sekiranya dijalankan secara dwitahunan.

Hasil penemuan kajian ini adalah penting bagi penggubal dasar untuk merancang dan melaksanakan strategi yang sesuai dalam memastikan STI mudah difahami dan lebih menarik minat masyarakat awam di Malaysia. Masyarakat awam sebaliknya akan mendapat faedah melalui program STI yang efektif, di mana ia akan membawa kesan yang positif kepada pembangunan sosial dan ekonomi.

 

SKOP DAN METODOLOGI

Kajian ini mengguna pakai garis panduan NSF Surveys yang digunakan di Amerika Syarikat bagi membolehkan perbandingan di peringkat antarabangsa dilaksanakan. Pengumpulan data kajian dilaksanakan menggunakan borang soal selidik yang dibangunkan oleh MASTIC dan diisikan oleh pembanci (enumerators) melalui temu bual secara bersemuka dengan responden. Kaedah ini adalah bagi memastikan data yang dikumpulkan menggambarkan tahap sebenar pengetahuan masyarakat terhadap STI.

 

DEFINISI

Definisi istilah yang digunakan:

  • Awam -  Rakyat Malaysia berumur 12-64 tahun.
  • Kesedaran - Sejauh mana seseorang mengetahui mengenai sesuatu isu sama ada melalui pembacaan, pendengaran, pengamatan atau perasaannya.
  • Minat - Minat responden terhadap bidang STI.
  • Pengetahuan - Tahap pengetahuan awam mengenai bidang STI.
  • Pemahaman - Pemahaman awam mengenai bidang STI.
  • Sikap - Sejauh mana responden menyukai atau tidak menyukai isu-isu STI.
  • Bandar - Penempatan dengan populasi melebihi 10,000 orang.
  • Pendalaman - Penempatan dengan populasi kurang 10,000 orang.

 

STATISTIK :

LAPORAN :

Terkini:

Arkib:

Kembali

Tarikh kemaskini : 7 Mei 2015