NMDS

Latar Belakang

National Minimum Data Set atau NMDS dibangunkan sebagai pangkalan data sumber manusia yang utama bagi penyelidik dan pakar dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) negara. Pangkalan data ini juga merupakan pusat rujukan utama bagi pelbagai pihak untuk mendapatkan maklumat modal insan STI daripada sektor awam dan swasta serta digunakan untuk menerbitkan direktori pakar bidang STI negara.

Untuk tujuan pengumpulan maklumat modal insan, MASTIC telah melantik pegawai penyelaras dari setiap organisasi di Malaysia untuk pangkalan data ini. Pegawai Penyelaras yang dilantik bertanggungjawab untuk menyelaras proses pengemaskinian data, pendaftaran rekod penyelidik baru dan pelupusan rekod penyelidik yang tidak lagi berkhidmat dengan organisasi berkenaan dalam pangkalan data NMDS. Selain itu, sistem pangkalan data ini mengaplikasikan konsep pengemaskinian secara atas talian yang membolehkan para penyelidik untuk mengemaskini memuatkan sendiri maklumat STI.

Pangkalan data NMDS telah dibangunkan dan diguna pakai sejak tahun 1994.

 

Kandungan NMDS

 

Pangkalan data NMDS mengandungi maklumat-maklumat seperti profil Modal Insan STI termasuk pakar dalam bidang STI, projek-projek STI serta senarai teknologi, produk & penerbitan yang dihasilkan. 

 

 

Pendaftaran dan Pengemaskinian

Untuk mendaftarkan dan mengemas kini Curiculum Vitae (CV) dalam pangkalan data NMDS, pengguna perlu berdaftar dengan sistem KRSTE.my (mohon rujuk https://krste.my/web/guest/register terlebih dahulu.

 

Pengguna boleh menggunakan id pengguna dan kata laluan sistem KRSTE.my untuk mencapai aplikasi NMDS di http://nmds.mastic.gov.my/ .

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pegawai-pegawai berikut: