MRDCS

Sistem ini dibangunkan bagi memudahkan pengguna membuat carian pantas pada Sistem Klasifikasi R&D Kebangsaan (Malaysian R&D Classification System- MRDCS). Sistem ini juga dapat memadankan kod-kod dari edisi pertama hingga edisi yang terkini.

Sistem Pengelasan

Klasifikasi adalah seperti berikut:

i.       Field of Research (FOR) mewakili aktiviti R & D yang dikelaskan mengikut bidang sains dan pendidikan. Bidang ini akan digunakan secara menyeluruh, dengan mengambil kira kesesuaian bidang penyelidikan negara daripada penyatuan bidang penyelidikan berbeza.

ii.     Socio Economic Objective (SEO) digunakan bagi membolehkan aktiviti R & D dikategorikan mengikut tujuan atau faedah sektor yang dikenal pasti oleh penyelidik. Ia terdiri daripada diskret ekonomi, sosial, domain alam sekitar, teknologi atau saintifik untuk mengenal pasti tujuan utama aktiviti R & D yang dilaksanakan. Sistem ini menunjukkan perubahan sosioekonomi negara mengikut bidang dan keutamaan pembangunan negara.

Sistem ini dapat dicapai melalui: http://mrdcs.mastic.gov.my