Bigger Reset   Smaller
|
|
Skip to Content

Nested Portlets

Mengenai MASTIC


Pengenalan

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia atau ringkasannya MASTIC telah ditubuhkan pada tahun 1992 di bawah Pelan Tindakan Pembangunan Teknologi Perindustrian. Penubuhan MASTIC dibiayai oleh Bank Pembangunan Asia dan MASTIC telah diletakkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) yang kini (semenjak 27 Mac 2004) dikenali sebagai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

 

Objektif

  • Menjadi pusat rujukan utama bagi maklumat strategik STI Negara bagi menyokong keperluan komuniti STI melalui pengurusan pengetahuan yang berkualiti.
  • Menyediakan kemudahan aliran dan capaian maklumat STI di antara sektor kerajaan dan sektor swasta bagi menyokong dasar negara dalam pembangunan STI.
 

Fungsi utama kami adalah:

Fungsi utama kami adalah mengumpul dan menyebarkan maklumat strategik yang berkaitan dengan aktiviti S&T:

  • menjadi pusat rujukan utama bagi maklumat STI negara;
  • mengumpul, menganalisis dan menyediakan petunjuk STI negara melalui kajian-kajian STI bagi tujuan perbandingan dan penandarasan;
  • mengurus dan menyelenggara data STI di dalam pangkalan data;
  • menyampaikan dan mempromosikan maklumat STI melalui media bercetak (penerbitan) atau tidak bercetak (atas talian dan media elektronik); dan
  • menyediakan perkhidmatan perpustakaan.

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
Aras 4, Blok C5, Parcel C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62662 Putrajaya
Malaysia

(603) 8885 8038 (talian terus)

(603) 8885 8000 (talian utama)

(603) 8889 2980 (faks)

E-mel : masticmastic.gov.my


Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Hakcipta | Penafian

Hakcipta 2012 © MASTIC
Laman ini sesuai dilayari menggunakan 7.0 atau 9.0 dengan resolusi 1024 x 768 (atau lebih tinggi)


Bilangan Pelawat : tumblr visitor counter easy hit
Hubungi
Kami
Soalan
Lazim
Peta
Laman
Facebook