Pembangunan Petunjuk Sains, Teknologi dan Inovasi (STI)

MASTIC melaksanakan Kajian STI Kebangsaan sebagai sebahagian daripada aktiviti utama dalam pembangunan Petunjuk STI Kebangsaan. Statistik yang diperoleh daripada kaji selidik digunakan sebagai penunjuk yang penting untuk pembangunan STI. Dapatan kaji selidik digunakan sebagai platform untuk kecekapan dan perancangan strategik STI bagi memupuk kecemerlangan dalam daya saing.  Kegunaan Petunjuk STI bagi membentuk asas dalam menentukan hala tuju negara, keutamaan dan melaksanakan dasar dan pelan STI.