e-Library

MASTIC bertanggungjawab menguruskan operasi Perpustakaan MOSTI sesuai dengan fungsinya sebagai pusat maklumat STI.  Perpustakaan MOSTI merupakan sumber maklumat yang unggul bagi menyokong visi MOSTI untuk menjadi pelopor dalam memajukan sains, teknologi dan inovasi di Malaysia. 

Perpustakaan ini menyimpan koleksi bahan rujukan di dalam pelbagai bidang STI seperti inovasi, bioteknologi, biodiversiti, sains marin, teknologi informasi dan telekomunikasi (ICT) dan pembangunan mapan serta mengandungi maklumat STI mengenai dasar, pengurusan STI, masa hadapan dan alam sekitar.   Sehingga kini perpustakaan MOSTI menempatkan lebih daripada 13,000 keluaran monograf, 32 jenis majalah/jurnal yang dilanggan, surat khabar, pangkalan data atas talian (dalaman MOSTI dan antarabangsa), sumber multimedia, tesis, laporan tahunan, prosiding dan laporan-laporan lain. 

Perpustakaan MOSTI adalah dibuka kepada semua penyelidik/kakitangan kerajaan, penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan juga individu daripada sektor awam dan swasta yang berminat. Untuk maklumat lanjut mengenai perpustakaan, sila layari laman web perpustakaan melalui laman web MOSTI di http://www.mosti.gov.my atau portal MASTIC di http://www.mastic.gov.my atau klik alamat URL berikut  http://iportal.mastic.gov.my.