Insentif STI

Hasrat untuk menjadikan Malaysia terus berdaya saing dan maju dalam penerokaan sains dan teknologi memerlukan sokongan dan kerjasama semua pihak. Peranan kerajaan dalam menawarkan bantuan dan sokongan bagi mencapai matlamat ini adalah sangat penting di mana kerajaan melalui pelbagai kementerian dan agensi di bawahnya telah menyediakan pelbagai bentuk insentif sebagai pemangkin pembangunan STI negara.

Bagi memastikan maklumat tawaran insentif STI yang disediakan ini sampai kepada kumpulan sasar, MASTIC telah mengumpul senarai maklumat pelbagai insentif yang disediakan kerajaan dalam lapangan STI untuk rujukan umum. Maklumat yang disediakan ini memudahkan pemohon mengenal pasti jenis dana/geran atau insentif yang sesuai untuk dipohon berdasarkan syarat dan kriteria yang telah ditetapkan serta mendapatkan maklumat pihak yang perlu dihubungi untuk mendapatkan butiran lanjut.

Terdapat lima jenis insentif yang telah dikenal pasti iaitu:

i.   Geran Penyelidikan dan Pembangunan
ii.  Dana Industri dan Pengkomersilan
iii. Pinjaman dan Modal Teroka
iv.  Insentif Cukai STI

v.   Dana Pembangunan Sumber Manusia STI