Pangkalan Data Organisasi STI

LATAR BELAKANG

Pangkalan data ini menyimpan data organisasi yang terlibat di dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan STI di Malaysia. Pangkalan data ini merangkumi institusi pengajian tinggi, institut penyelidikan, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat-syarikat swasta.

Pangkalan data ini diguna pakai oleh komuniti STI negara untuk mengenal pasti organisasi yang boleh dijadikan rakan kongsi dan kolaborasi dalam aktiviti R&D.  Selain itu, pangkalan data ini juga membolehkan analisis berkaitan organisasi dikeluarkan bagi memenuhi permintaan stakeholder seperti bilangan organisasi mengikut bidang penyelidikan dan lokasi organisasi mengikut negeri.

Pangkalan data organisasi STI telah dibangunkan oleh MASTIC sejak tahun 1998. Data organisasi diperoleh melalui kajian-kajian yang dijalankan oleh MASTIC, bahan penerbitan luar dan sumber lain secara atas talian. Data-data ini dikemas kini oleh MASTIC secara berterusan sepanjang tahun bagi memastikan kerelevanan data berkenaan. 

 

DEFINISI

Organisasi STI adalah organisasi yang terlibat di dalam aktiviti R&D dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan STI di Malaysia.

 

KANDUNGAN ORGANISASI STI

  • Nama dan alamat organisasi;
  • Ketua dan orang perhubungan;
  • Jenis organisasi;
  • Bidang kepakaran organisasi;
  • Peranan organisasi; dan
  • Aktiviti dijalankan.

 

STATUS SEMASA

Maklumat organisasi STI dikemas kini melalui sebuah aplikasi atas talian di MASTIC dan dipaparkan pada sistem Knowledge Resources for Science and Technology Excellence, Malaysia (KRSTE.my).

 

PEGAWAI DIHUBUNGI

Untuk mengemas kini maklumat organisasi, sila hubungi pegawai MASTIC berikut:

  • En. Hafizul Hanif Bin Abu Bakar
    Tel: 03-8885 8111
    Emel: hafizulhanifmosti.gov.my