Produk dan Teknologi tempatan yang berpotensi untuk dikomersialkan (TECHMart)

LATAR BELAKANG

TECHMart merupakan pangkalan data yang menyimpan produk atau teknologi tempatan yang berpotensi untuk dikomersilkan daripada sektor awam dan swasta. TECHMart turut menyediakan platform bagi pemindahan teknologi untuk meningkatkan pengaplikasian teknologi tempatan ke arah membangunkan keupayaan S&T negara. Pangkalan data ini juga membuka ruang kepada pengusaha industri mendapatkan maklumat berkaitan produk atau teknologi tersebut. Pengumpulan data ini telah dimulakan sejak tahun 1996.

Pengumpulan maklumat ini merupakan hasil kerjasama dan sumbangan terhadap kejayaan aktiviti R&D daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, universiti, syarikat berkaitan kerajaan, syarikat usaha sama dan syarikat persendirian. Sebahagian daripada produk atau teknologi berkenaan pernah dipamerkan di ekspo kebangsaan dan menyertai pameran-pameran produk R&D tempatan yang telah berjaya dibangunkan serta sedia memasuki fasa untuk dikomersialkan.

 

DEFINISI

Produk dan Teknologi S&T didefinisikan sebagai produk atau teknologi tempatan yang berpotensi untuk dikomersialkan dan dihasilkan daripada aktiviti penyelidikan dan pembangunan di dalam bidang sains dan teknologi.

 

KANDUNGAN KEMUDAHAN DAN PERALATAN STI

  • Nama dan hak milik produk/teknologi;

  • Pengkhususan produk/teknologi;

  • Deskripsi;

  • Status harta intelek (IP); dan

  • Status komersialisasi

 

KEMUDAHAN & PERALATAN STI DAN ORGANISASI STI

TECHMart dikemas kini dari semasa ke semasa dan dipaparkan dalam sistem Knowledge Resources for Science and Technology Excellence, Malaysia (KRSTE.my) untuk rujukan semua pihak berkenaan.

Jika anda telah berdaftar sebagai Pengguna KRSTE.my, Klik di sini untuk Login, atau Klik Daftar. Carian Techmart boleh dilakukan melalui modul Search >  Advanced Search > Search Type : Techmart di dalam Sistem KRSTE.my

 

PEGAWAI DIHUBUNGI

Pengguna boleh mendaftar  dengan menghubungi pegawai-pegawai seperti berikut;

  • En. Hafizul Hanif Bin Abu Bakar
    Tel: 03-8885 8111
    Emel: hafizulhanifmosti.gov.my