Kemudahan dan Peralatan STI

LATAR BELAKANG

Pangkalan data ini mengandungi senarai kemudahan dan peralatan S&T yang didapati daripada pelbagai agensi kerajaan, institusi penyelidikan kerajaan, universiti, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat swasta. Ini termasuklah makmal dan kemudahan spesifik, tempat percubaan dan peralatan yang berkaitan dengan aktiviti penyelidikan S&T. Inventori ini dapat menggalakkan kerjasama strategik serta menjimatkan kos R&D menerusi perkongsian guna sama kemudahan S&T sedia ada. Ia juga digunakan sebagai rujukan pelbagai khususnya yang terlibat dalam aktiviti R&D.

Pengumpulan data mengenai kemudahan dan peralatan S&T telah dilaksanakan oleh MASTIC sejak tahun 1994. Sehingga kini, sebanyak 753 kemudahan dan 2,319 peralatan dari pelbagai organisasi telah disimpan di dalam pangkalan data MASTIC yang menjadi rujukan utama pelbagai pihak khususnya yang terlibat dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D). Aktiviti pengumpulan dan pengemaskinian secara menyeluruh telah dilaksanakan pada tahun 2007 bagi memastikan universiti, agensi penyelidikan dan agensi kerajaan melaporkan maklumat tersebut dengan lebih komprehensif. Pengemaskinian maklumat kemudahan dan peralatan S&T yang dilakukan secara berterusan oleh pihak MASTIC melalui sistem aplikasi S&T Facilities and Equipment.

 

KANDUNGAN KEMUDAHAN DAN PERALATAN STI

  • Nama dan hak milik organisasi;
  • Pengkhususan kemudahan dan peralatan;
  • Deskripsi;
  • Status perkongsian; dan
  • Status pengakreditasian

 

STATUS SEMASA

Maklumat dalam pangkalan data ini dikemas kini dari semasa ke semasa melalui pengemaskinian berterusan dan dan turut dipaparkan dalam sistem  Knowledge Resources for Science and Technology Excellence, Malaysia (KRSTE.my) untuk rujukan pelbagai pihak.

 

PEGAWAI DIHUBUNGI

Pengguna boleh mendaftar  dengan menghubungi pegawai-pegawai seperti berikut;

  • En. Hafizul Hanif Bin Abu Bakar
    Tel: 03-8885 8111
    Emel: hafizulhanifmosti.gov.my