Pangkalan Data Modal Insan STI

Latar Belakang

Pangkalan data NMDS mengandungi maklumat-maklumat seperti profil Modal Insan STI termasuk pakar dalam bidang STI, projek-projek STI serta senarai teknologi, produk & penerbitan yang dihasilkan. 

National Minimum Data Set atau NMDS dibangunkan sebagai pangkalan data sumber manusia yang utama bagi penyelidik dan pakar dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) negara. Pangkalan data ini juga merupakan pusat rujukan utama bagi pelbagai pihak untuk mendapatkan maklumat modal insan STI daripada sektor awam dan swasta serta digunakan untuk menerbitkan direktori pakar bidang STI negara.

Untuk tujuan pengumpulan maklumat modal insan, MASTIC telah melantik pegawai penyelaras dari setiap organisasi di Malaysia untuk pangkalan data ini. Pegawai Penyelaras yang dilantik bertanggungjawab untuk menyelaras proses pengemaskinian data, pendaftaran rekod penyelidik baru dan pelupusan rekod penyelidik yang tidak lagi berkhidmat dengan organisasi berkenaan dalam pangkalan data NMDS. Selain itu, sistem pangkalan data ini mengaplikasikan konsep pengemaskinian secara atas talian yang membolehkan para penyelidik untuk mengemaskini memuatkan sendiri maklumat STI. 

Pangkalan data NMDS telah dibangunkan dan diguna pakai sejak tahun 1994.

 

Definisi

Berdasarkan kepada Canberra Manual, Modal Insan STI didefinisikan sebagai:

  1. Seseorang yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat tertiary dalam bidang S&T; dan
  2. Seseorang yang bekerja dalam bidang S&T walaupun tidak memiliki sebarang kelayakan dalam bidang pengajian di peringkat tertiary dalam bidang S&T.

 

Kandungan NMDS

Profail Modal Insan S&T termasuk penyelidik dan pakar dalam bidang STI

 

 

Pendaftaran dan Pengemaskinian

Untuk mendaftarkan dan mengemas kini Curiculum Vitae (CV) dalam pangkalan data NMDS, pengguna perlu berdaftar dengan sistem KRSTE.my (mohon rujuk https://krste.my/home/registeration) terlebih dahulu.

 

Pengguna boleh menggunakan id pengguna dan kata laluan sistem KRSTE.my untuk mencapai aplikasi NMDS di http://nmds.mastic.gov.my/ atau melalui portal MASTIC di http://mastic.mosti.gov.my.

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pegawai-pegawai berikut:

  • Pn. Uwarani A/P Krishnan
    Tel: 03-8885 8109
    Emel : uwaranimosti.gov.my
  • Cik. Zuraidah Binti Sabani
    Tel: 03-8885 8096
    Emel : zuraidahmosti.gov.my