Pusat Rujukan STI Negara

-A A +A

 

Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)

Anda di sini

Kategori Insentif
Dana HCD
Organisasi Pemberi Dana
SME Corporation Malaysia
Skop Pembiayaan

1. Memupuk semangat keusahawanan di kalangan belia 2. Anjakan paradigma belia dari pekerja kepada pemilik perniagaan dan 3. Membentuk daya tahan dalam pengendalian perniagaan.

Kriteria Kelayakan

1. Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berumur di antara 18 - 30 TAHUN pada tarikh tutup permohonan dalam talian; 2. Pemohon yang mempunyai sijil kemahiran dari institusi / pusat kemahiran tempatan akan diberikan keutamaan; 3. Belum memulakan perniagaan, namun mempunyai minat yang mendalam untuk mengusahakan perniagaan. Sekiranya telah menjalankan perniagaan, ia mestilah kurang 12 bulan beroperasi / berdaftar pada tarikh tutup permohonan dalam talian; 4. Sihat tubuh badan dan boleh menjalankan sebarang aktiviti fizikal dan lasak di kawasan outdoor; 5. Pemohon tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah dan tidak pernah diisytiharkan muflis; 6. Pemohon bukan merupakan keluarga terdekat dengan mana-mana kakitangan SME Corp. Malaysia. (Keluarga terdekat merujuk kepada pasangan dan anak-anak kakitangan) 7. Bagi pemohon pasangan suami isteri / adik-beradik, hanya salah seorang sahaja yang layak dipertimbangkan dari setiap keluarga untuk keseluruhan penganjuran program TUBE (seorang dari setiap keluarga dan penyertaan satu kali sahaja) 8. Pemohon- pemohon berikut TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN:- a.Pernah mengikuti mana-mana kumpulan pengambilan TUBE (TUBE 1.0 / TUBE 2.0); b.Mempunyai pekerjaan sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta; c.Pemohon wanita yang disahkan hamil atau sedang dalam tempoh berpantang (100 hari selepas bersalin) sewaktu tarikh tamat permohonan dalam talian dan / atau sewaktu Fasa 1 & 2 Program; d.Pernah menjalani apa-apa pembedahan dan / atau kecederaan serius dalam tempoh enam (6) bulan pada tarikh permohonan dalam talian dan / atau apabila menyertai Fasa 1 & 2 Program; e.Mempunyai alahan yang serius (cth: alahan yang memudaratkan sekiranya mengikuti aktiviti lasak di kem PLKN/ kawasan hutan); dan Sedang berada di dalam proses kebankrapan dan / atau proses tindakan Mahkamah.

Kaedah Permohonan
Permohonan atas talian
Maklumat Perhubungan
SME Corporation Malaysia Level 6, SME 1, Block B, Platinum Sentral Jalan Stesen Sentral 2
Emel
tube3fasa3@smecorp.gov.my
Laman sesawang
tube.smecorp.gov.my
Updated
12 Oktober 2017
MASTIC sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan maklumat STI yang berkualiti dan melaksanakan penambahbaikan serta menambah nilai perkhidmatan secara berterusan yang menjangkaui kepuasan pelanggan

Hubungi Kami

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Aras 4, Blok C5, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62662 Putrajaya, Malaysia

  Talian Terus: (603) 8885 8038

  Talian Utama: (603) 8885 8000

  Faks: (603) 8889 2980

  E-mel: mastic@mastic.gov.my

Layout Style

Page width: 1170px

Header

Direction

Predefined Colors

Background

Kod QR

QR Code for https://mastic.mosti.gov.my/ms/insentif-sti-dana/tunas-usahawan-belia-bumiputera-tube
  • Jumlah Pelawat: 4441117