Pusat Rujukan STI Negara

-A A +A

 

Shariah-compliant SME Financing Scheme (SSFS) 2.0

Anda di sini

Kategori Insentif
Pinjaman dan Modal Teroka
Organisasi Pemberi Dana
SME Corporation Malaysia
Skop Pembiayaan

Objektif : Menyediakan bantuan pembiayaan kepada PKS Malaysia yang layak dimana Kerajaan Malaysia bersetuju membayar 2% (mata peratusan) daripada kadar keuntungan yang dikenakan ke atas pembiayaan yang disediakan oleh Institusi Perbankan Islam yang mengambil bahagian. Tujuan Pembiayaan: 1. Pembiayaan patuh Syariah denominasi ringgit adalah untuk semua tujuan termasuk tetapi tidak terhad kepada: a. modal kerja b. pemerolehan asset; dan c. penaikan taraf perniagaan tidak termasuk kemudahan tanpa dana (contohnya, jaminan bank dan surat kredit) dan pemerolehan perniagaan dan syarikat lain. 2. Tidak termasuk pembiayaan semula atau penstrukturan semula kemudahan sedia ada. Walau bagaimanapun, akaun yang telah distrukturkan semula sebelum menjadi tak berbayar (NPF) pada 2012 2013 adalah layak di bawah skim ini.

Kriteria Kelayakan

1. Sekurang-kurangnya 60% PKS milik Malaysia: DAN 2. Memenuhi satu atau lebih perkara berikut pada masa permohonan: a. PKS diberi nilai dengan sekurang-kurangnya 2 bintang di bawah SCORE b. Microenterprise (ME) diberi nilai dengan sekurang-kurangnya Tahap 1 di bawah MCORE c. Disahkan di bawah 1-InnoCERT d. Disahkan di bawah National Mark of Malaysian Brand e. Dianugerahkan status MSC oleh MDEC f. Dianugerahkan status Bio-Nexus oleh Bioeconomy Corporation g. Disahkan di bawah Pensijilan Teknologi Hijau di bawah Malaysian Green Technology Corporation h. Syarikat TeraS di bawah TERAJU 3. Bagi PKS yang tidak mematuhi kelulusan di atas (a-h) tetapi telah diberikan pembiayaan, mereka perlu memohon SCORE / MCORE dalam tempoh 2 bulan dari tarikh kelulusan pembiayaan untuk layak. Jika didapati layak, bahagian rebat keuntungan yang telah dibayar (2% setahun) akan dibayar balik di bawah skim ini dari tarikh pembayaran oleh Institusi Kewangan. 4. PKS perlu menandatangani akuan dengan Institusi Kewangan yang mengambil bahagian atas permohonan, menyatakan memenuhi kriteria kelayakan di atas dan membenarkan pendedahan maklumat mengenai kemudahan pembiayaan oleh institusi kewangan yang mengambil bahagian kepada SME Corp. Malaysia (sebagai agensi pelaksana) dan Kementerian Kewangan. 5. PKS sedia ada yang mematuhi kriteria kelayakan dan mempunyai kemudahan yang mematuhi syariah diluluskan pada tahun 2016 dan 2017 adalah layak untuk memohon. 6. PKS yang menikmati rebat keuntungan di bawah skim lain (contohnya Skim Pembiayaan Teknologi Hijau) tidak layak memohon di bawah SSFS. 7. PKS yang menikmati rebat keuntungan atau di mana kadar keuntungan adalah di bawah kadar pasaran di bawah dana atau skim lain (termasuk Bank Negara Malaysia) tajaan Kerajaan tidak layak di bawah SSFS, sama ada semasa atau masa depan. Contohnya adalah skim pembiayaan PKS di bawah MIDF, SME Bank dan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau.

Kaedah Permohonan
Permohonan boleh dibuat secara langsung dengan Bank-bank Islam 14 yang mengambil bahagian.
Maklumat Perhubungan
Bahagian Khidmat Nasihat & Sokongan Perniagaan SME Corp. Malaysia Level 4, SME 1, Block B, Platinum Sentral Jalan Stesen Sentral 2 Kuala Lumpur Sentral 50470 Kuala Lumpur
Emel
muneswari@smecorp.gov.my / noordiyana@smecorp.gov.my
Laman sesawang
www.smecorp.gov.my
Updated
12 Oktober 2017
MASTIC sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan maklumat STI yang berkualiti dan melaksanakan penambahbaikan serta menambah nilai perkhidmatan secara berterusan yang menjangkaui kepuasan pelanggan

Hubungi Kami

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Aras 4, Blok C5, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62662 Putrajaya, Malaysia

  Talian Terus: (603) 8885 8038

  Talian Utama: (603) 8885 8000

  Faks: (603) 8889 2980

  E-mel: mastic@mastic.gov.my

Layout Style

Page width: 1170px

Header

Direction

Predefined Colors

Background

Kod QR

QR Code for https://mastic.mosti.gov.my/ms/insentif-sti-dana/shariah-compliant-sme-financing-scheme-ssfs-20
  • Jumlah Pelawat: 4353025