Pusat Rujukan STI Negara

-A A +A

 

Go-Fund - InnoFund (Enterprise Fund)

Anda di sini

Kategori Insentif
Geran Penyelidikan dan Pembangunan
Organisasi Pemberi Dana
Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI)
Skop Pembiayaan

Dana Inovasi Perusahaan ini bertujuan untuk meningkatkan penyertaan mikro-perniagaan dan individu di dalam aktiviti-aktiviti yang inovatif dan menggalakkan inovasi teknologi produk baru atau yang sedia ada, proses atau perkhidmatan untuk dikomersialkan.

Kriteria Kelayakan
  1. Semua kategori Syarikat mesti mempunyai sekurang-kurangnya 51% ekuiti dimiliki oleh rakyat Malaysia.
  2. Pemohon di bawah kategori Syarikat mesti mempunyai minimum bayaran RM10, 000.00. Walau bagaimanapun, individu dan pemilik tunggal dikecualikan daripada ketetapan ini tetapi perlu menyediakan justifikasi dan dokumen sokongan bagi keupayaan untuk mengekalkannya. (contoh: penyata bank)
  3. Tiada seorang pun daripada para Pengarah Syarikat atau ahli projek telah disabitkan dengan mana-mana aktiviti penipuan atau Syarikat telah diisytiharkan muflis, di bawah pembubaran atau diletakkan di bawah kuasa penerima.
  4. Cadangan projek mesti mengandungi unsur-unsur inovasi teknologi yang membawa kepada pengkomersialan produk-produk inovatif, proses dan perkhidmatan.
  5. Projek perlu untuk membangunkan produk baru atau yang sedia ada, proses-proses atau perkhidmatan yang mempunyai potensi untuk dikomersialkan. Projek atau produk yang berada dalam peringkat penyelidikan atau bersedia untuk pengeluaran atau pengkomersilan adalah tidak layak.
  6. Pasukan Projek perlu menunjukkan bukti daya saing teknikal untuk melaksanakan projek yang dicadangkan. Resume dan dokumen-dokumen Ketua projek dan setiap ahli pasukan projek juga hendaklah dikemukakan.
  7. Hanya warganegara Malaysia boleh memohon dan mengetuai projek tetapi boleh termasuk organisasi-organisasi antarabangsa atau ekspatriat yang bekerja di mana organisasi yang disebutkan di atas sebagai sebahagian daripada pasukan projek mereka.
  8. Permohonan dari seseorang individu mestilah disertakan dengan Surat sokongan dari penyokong.
  9. Pemohon hanya boleh mengetuai satu projek sahaja pada bila-bila masa.
  10. Projek mestilah dijalankan di Malaysia.
Kaedah Permohonan
Permohonan secara atas talian : https://edana.mosti.gov.my/
Maklumat Perhubungan
Fund Section, Planning Division, Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI) Level 4, Block C4, Complex C, Federal Government Administrative Centre, 62662 PUTRAJAYA.
Emel
edana@mosti.gov.my
Laman sesawang
http://www.mosti.gov.my
Updated
12 Oktober 2017
MASTIC sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan maklumat STI yang berkualiti dan melaksanakan penambahbaikan serta menambah nilai perkhidmatan secara berterusan yang menjangkaui kepuasan pelanggan

Hubungi Kami

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Aras 4, Blok C5, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62662 Putrajaya, Malaysia

  Talian Terus: (603) 8885 8038

  Talian Utama: (603) 8885 8000

  Faks: (603) 8889 2980

  E-mel: mastic@mastic.gov.my

Layout Style

Page width: 1170px

Header

Direction

Predefined Colors

Background

Kod QR

QR Code for https://mastic.mosti.gov.my/ms/insentif-sti-dana/go-fund-innofund-enterprise-fund
  • Jumlah Pelawat: 4449739