Pusat Rujukan STI Negara

-A A +A

 

CREST R&D Grant

Anda di sini

Kategori Insentif
Geran Penyelidikan dan Pembangunan
Organisasi Pemberi Dana
Colloborative Research in Engineering, Science and Technology (CREST)
Skop Pembiayaan

Kerjasama penyelidikan antara industri dan universiti untuk mewujudkan dan mengembangkan ekosistem R&D Malaysia dalam sektor Ekonomi Elektrik dan Elektronik.CREST mempromosi dan memudahkan pihak universiti dan industri untuk bekerjasama dalam menjalankan penyelidikan dan meningkatkan keupayaan mereka untuk menghasilkan penyelidik industry-ready dan industry players boleh mendapatkan faedah daripada dapatan kajian.

Kriteria Kelayakan
  1. Projek penyelidikan yang melibatkan sekurang-kurangnya satu syarikat bergabung dengan sekurang-kurangnya satu universiti.
  2. Sekurang-kurangnya salah satu universiti yang telibat terletak di Malaysia.
  3. Syarikat-syarikat yang terlibat mestilah berdaftar di Malaysia.
  4. Syarikat-syarikat yang terlibat tidak boleh dimiliki oleh mana-mana universiti.
  5. Sama ada Ketua projek ataupun Penyelidik utama adalah warganegara Malaysia. Jika Ketua Projek dan Penyelidik Utama adalah orang yang sama mestilah warganegara Malaysia.
  6. Penyelidik pelajar lepasan ijazah sepenuh masa dan penyelidik ijazah kedoktoran sepenuh masa yang mana yuran dan/atau elaun di bayar oleh CREST R&D mestilah warganegara Malaysia.
  7. Pelajar yang terlibat dengan Projek Penyelidikan (tidak kira sama ada elaun/yuran dibayar oleh CREST Grant) tidak akan menjadi ketua projek.
  8. Tempoh pembiayaan penyelidikan yang diluluskan sepadan dengan skop penyelidikan.Maksimum tempoh kelulusan tidak lebih daripada 3 tahun.
  9. Sumbangan syarikat sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah keseluruhan bajet projek penyelidikan.
  10. Sebarang peralatan dan perisian yang dibeli di bawah CREST R&D Grant adalah milik CREST.
  11. Setiap projek penyelidikan yang diluluskan perlu mencapai kesemua hasil projek seperti mana yang telah ditetapkan.
  12. Projek yang dibiayai oleh CREST R&D tidak boleh memberikan mana-mana hasil projek untuk memenuhi ob (kecuali sumbangan pihak universiti untuk elaun pelajar) Project funded by CREST R&D Grant must not share any of its deliverables to meet other grant obligation (except for university's contribution for student allowance).
  13. CREST R&D hanya akan diberikan kepada ahli CREST sahaja.
Kaedah Permohonan
Permohonan secara Manual dengan cara menghantar Borang Permohonan : http://crest.my/v2/download/crest-rd-grant-application-form/
Maklumat Perhubungan
CREST sains@usm Block C, Ground Floor No. 10, Persiaran Bukit Jambul 11900 Bayan Lepas Pulau Pinang
Emel
rndgrant@crest.my
Laman sesawang
http://www.crest.my
Updated
12 Oktober 2017
MASTIC sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan maklumat STI yang berkualiti dan melaksanakan penambahbaikan serta menambah nilai perkhidmatan secara berterusan yang menjangkaui kepuasan pelanggan

Hubungi Kami

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Aras 4, Blok C5, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62662 Putrajaya, Malaysia

  Talian Terus: (603) 8885 8038

  Talian Utama: (603) 8885 8000

  Faks: (603) 8889 2980

  E-mel: mastic@mastic.gov.my

Layout Style

Page width: 1170px

Header

Direction

Predefined Colors

Background

Kod QR

QR Code for https://mastic.mosti.gov.my/ms/insentif-sti-dana/crest-rd-grant
  • Jumlah Pelawat: 4449976