Pusat Rujukan STI Negara

-A A +A

 

Business Expansion Fund (BEF)

Anda di sini

Kategori Insentif
Pinjaman dan Modal Teroka
Organisasi Pemberi Dana
Malaysian Technology Development Corporation Sdn.Bhd
Skop Pembiayaan

Dana Pengembangan Perniagaan (BEF) telah diperkenalkan bagi membantu entiti perniagaan berasaskan teknologi Bumiputera untuk mengembangkan operasi mereka di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.

Kriteria Kelayakan

1. Syarikat ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965. 2. Syarikat mestilah dimiliki sekurang-kurangnya 60% oleh Bumiputera pada masa permohonan. Pemilikan ekuiti korporat dalam syarikat tidak boleh melebihi 30%. 3. Bagi syarikat yang 100% dimilki korporat, ekuiti Bumiputera yang berkesan dalam syarikat induk mestilah sekurang-kurangnya 51%. 4. Sekiranya permohonan BEF diluluskan, pemilikan ekuiti Bumiputera mesti dipegang selama tempoh 6 tahun dari pelaksanaan Perjanjian Dana. 5. Syarikat mestilah merupakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan mengikut garis panduan definisi PKS terkini oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan. 6. Projek dicadangkan mesti memberikan penekanan pada pengembangan operasi perniagaan syarikat. 7. Projek yang dicadangkan untuk pengembangan mesti merupakan sektor perkilangan / perkhidmatan berasaskan teknologi dari mana-mana Kluster Teknologi Keutamaan berikut: – a. Bioteknologi b. Teknologi hijau c. Minyak dan gas d. Elektrik dan Elektronik e. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) f. Nanoteknologi g. Teknologi makanan h. Bahan termaju i. Pembuatan termaju j. Teknologi boleh diperbaharui alternatif 8. Pendapatan terkini syarikat tercatat dalam akaun teraudit terkini mesti sekurang-kurangnya RM 5 juta. 9. Syarikat mesti menunjukkan minimum tiga tahun keuntungan dalam tempoh operasilima tahun yang lalu dinyatakan dalam akaun yang teraudit. 10. Nisbah penggearan syarikat (Hutang kepada Ekuiti) tidak boleh melebihi 5 kali pembiayaan pasca BEF.

Kaedah Permohonan
Pemohon boleh mengemukakan permohonan mereka semasa waktu bekerja MTDC. Pemohon dinasihatkan untuk menyemak bahawa penyerahan itu disokong oleh dokumen yang diperlukan, jika tidak permohonan itu akan dikembalikan oleh Pegawai Penilaian. Dokumen-dokumen pe
Maklumat Perhubungan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) Level G, Menara Yayasan Tun Razak Jalan Bukit Bintang 55100 Kuala Lumpur (Attn: CRDF Processing Unit)
Emel
syed.hishamalwi@mtdc.com.my
Laman sesawang
www.mtdc.com.my
Updated
12 Oktober 2017
MASTIC sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan maklumat STI yang berkualiti dan melaksanakan penambahbaikan serta menambah nilai perkhidmatan secara berterusan yang menjangkaui kepuasan pelanggan

Hubungi Kami

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Aras 4, Blok C5, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62662 Putrajaya, Malaysia

  Talian Terus: (603) 8885 8038

  Talian Utama: (603) 8885 8000

  Faks: (603) 8889 2980

  E-mel: mastic@mastic.gov.my

Layout Style

Page width: 1170px

Header

Direction

Predefined Colors

Background

Kod QR

QR Code for https://mastic.mosti.gov.my/ms/insentif-sti-dana/business-expansion-fund-bef
  • Jumlah Pelawat: 4352733