Pusat Rujukan STI Negara

-A A +A

 

Anugerah Teknologis Negara

Anda di sini

Kategori Anugerah
Anugerah Teknologis Negara
Organiasi Pemberi Anugerah
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Objektif Anugerah

Anugerah ini bertujuan menghargai usaha dan pencapaian cemerlang yang ditunjukkan oleh ahli teknologi/juruteknik/pembantu makmal dan pekerja separa profesional yang terlibat dalam lapangan sains dan teknologi. Ia menggalakkan peningkatan kecemerlangan dan kreativiti serta usaha yang giat bagi menyokong pembangunan negara dalam pembangunan penyelidikan sains dan teknologi.

Ganjaran

Bentuk Kewangan

RM10,000

Lain-lain

Plak dan Sijil Penghargaan

Kriteria Kelayakan
  1. Penyelidikan yang dijalankan hendaklah dalam salah satu bidang keutamaan.
  2. Teknologis (Juruteknik/Pembantu Makmal) warganegara Malaysia sahaja layak untuk dicalonkan.
  3. Anugerah ini hanya dibuka kepada Juruteknologi (Juruteknik/Pembantu Makmal) yang menjalankan projek penyelidikan di pusat penyelidikan dan institusi pengajian tinggi awam/swasta atau organisasi penyelidikan swasta di Malaysia.
  4. Pencalonan hendaklah berasaskan usaha cemerlang yang menyumbang kepada kemajuan S&T, sosio-ekonomi atau perindustrian negara.
  5. Kerja dan penyelidikan spesifik yang dikemukakan mestilah belum mendapat sebarang penganugerahan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
Kaedah Permohonan
  1. Pencalonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang yang dilampirkan.
  2. Pencalonan hendaklah dibuat oleh Ketua Pusat Penyelidikan, Naib Canselor Universiti atau Ketua Organisasi Swasta di mana individu bekerja.
  3. Borang pencalonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan sebelum/pada 15 Jun 2017 kepada alamat berikut: Urusetia Anugerah Teknologis Negara 2017, Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (Mosti), Bahagian Perkhidmatan, Pembangunan, Dan Pembudayaan Sti, Aras 5, Blok C5, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62662, Putrajaya.
Laman sesawang
http://ain.mosti.gov.my
Emel
syahirnasir@mosti.gov.my
katharine@mosti.gov.my
chan@mosti.gov.my
Updated
12 Oktober 2017

Hebahkan Maklumat

MASTIC sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan maklumat STI yang berkualiti dan melaksanakan penambahbaikan serta menambah nilai perkhidmatan secara berterusan yang menjangkaui kepuasan pelanggan

Hubungi Kami

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Aras 4, Blok C5, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62662 Putrajaya, Malaysia

  Talian Terus: (603) 8885 8038

  Talian Utama: (603) 8885 8000

  Faks: (603) 8889 2980

  E-mel: mastic@mastic.gov.my

Layout Style

Page width: 1170px

Header

Direction

Predefined Colors

Background

Kod QR

QR Code for https://mastic.mosti.gov.my/ms/insentif-sti-anugerah/anugerah-teknologis-negara
  • Jumlah Pelawat: 4352597