Pusat Rujukan STI Negara

-A A +A

 

Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA)

Anda di sini

Kategori Anugerah
Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA)
Organiasi Pemberi Anugerah
CIDB Malaysia
Objektif Anugerah

Anugerah ini bertujuan mengiktiraf individu/pasukan yang telah menghasilkan idea/konsep/produk/proses/teknologi/teknik tempatan yang telah dikomersialkan dan dapat meningkatkan kecekapan dan produktiviti pelaksanaan projek dan/atau industri pembinaan.

Ganjaran

Di samping trofi dan sijil kecemerlangan, penerima anugerah juga akan menikmati insentif-insentif seperti berikut:

  1. Kebenaran menggunakan logo Anugerah MCIEA di dalam penerbitan mereka untuk tempoh 1 tahun
  2. Publisiti percuma tentang produk dan perkhidmatan mereka di dalam penerbitan CIDB
  3. Publisiti di dalam laman web CIDB
  4. Memperolehi 40 mata CCD untuk kontraktor
  5. Penglibatan di dalam aktiviti promosi dan intelektual CIDB
Kriteria Kelayakan
  1. Kategori terbuka kepada individu, pasukan tempatan atau pembuat yang berkaitan dengan industri pembinaan
  2. Terbuka kepada idea/konsep/produk/proses/teknologi/teknik tempatan yang telah dikomersialkan atau diaplikasikan
  3. Penyertaan bagi anugerah ini dibuka sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, penyertaan bagi MCIEA 2017 perlu dikemukakan sebelum/pada 31 Mac 2017
  4. Borang penyertaan hendaklah dilengkapi, ditandatangani dan mempunyai tarikh
  5. Penerima Anugerah dan/atau Penerima Pengiktirafan Khas yang telah dinobatkan sebelum ini tidak dibenarkan untuk menyertai MCIEA 2017 bagi projek yang sama
  6. Pihak CIDB atau penggiat industri pembinaan boleh mengemukakan pencalonan bagi kategori ini
Kaedah Permohonan
  1. Semua peserta Anugerah MCIEA 2017 dikehendaki menghantar permohonan menggunakan borang penyertaan yang betul. Borang penyertaan bagi kategori yang ingin disertai dilampirkan dalam risalah ini (BOOKLET MCIEA 2017)
  2. Semua maklumat yang diminta dalam borang hendaklah dilengkapkan bersama dokumen sokongan yang diperlukan dan dilampirkan bersama-sama dengan borang penyertaan termasuk penulisan atas sebab-sebab kenapa penyertaan anda patut menerima Anugerah tersebut. Kegagalan untuk memajukan dokumen-dokumen ini boleh menyebabkan penyertaan anda terbatal.
  3. Peserta/calon mungkin dikehendaki mengemukakan dokumen atau bahan tambahan yang diperlukan untuk penilaian lanjut. Penyertaan yang disenarai pendek mungkin dikehendaki membuat pembentangan secara formal kepada Panel Penilai.
  4. Panel Penilai hendaklah diberikan akses yang sewajarnya untuk memeriksa projek atau organisasi berkenaan jika perlu. Panel Penilai bagi Kategori Binaan Hijau dan Kategori Keselamatan dan Kesihatan akan melawat tapak lebih daripada sekali.
  5. CIDB mempunyai hak mutlak dalam menentukan penerimaan atau pembatalan sebarang penyertaan.
  6. Gambar yang dikemukakan hendaklah di dalam salinan secara digital berformatkan JPEG dengan ketajaman minima 300 dpi. Bahan dan gambar yang dihantar ke CIDB tidak akan dipulangkan semula.
  7. Tiada bayaran balik akan dibuat bagi sebarang perbelanjaan berkaitan penyertaan.

Penyertaan / pertanyaan hendaklah dihantar / ditujukan kepada :

CIDB Malaysia Bahagian Dasar & Perancangan Strategik, Sektor Dasar & Korporat (U:P : Sekretariat MCIEA 2017)

Tkt.25 Menara Dato’ Onn, Putra World Trade Centre (PWTC) No.45, Jalan Tun Ismail,50480 Kuala Lumpur. "

Laman sesawang
http://www.cidb.gov.my
Emel
mciea2017@cidb.gov.my
Updated
12 Oktober 2017

Hebahkan Maklumat

MASTIC sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan maklumat STI yang berkualiti dan melaksanakan penambahbaikan serta menambah nilai perkhidmatan secara berterusan yang menjangkaui kepuasan pelanggan

Hubungi Kami

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Aras 4, Blok C5, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62662 Putrajaya, Malaysia

  Talian Terus: (603) 8885 8038

  Talian Utama: (603) 8885 8000

  Faks: (603) 8889 2980

  E-mel: mastic@mastic.gov.my

Layout Style

Page width: 1170px

Header

Direction

Predefined Colors

Background

Kod QR

QR Code for https://mastic.mosti.gov.my/ms/insentif-sti-anugerah/anugerah-kecemerlangan-industri-pembinaan-malaysia-mciea
  • Jumlah Pelawat: 4450030