Pusat Rujukan STI Negara

-A A +A

 

Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) - Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan

Anda di sini

Kategori Anugerah
Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA)
Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT)
Organiasi Pemberi Anugerah
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Objektif Anugerah

Mengiktiraf PBT atas perkhidmatan cemerlang dan usaha berinovatif dalam meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan PBT.

Objektif :

  1. Menggalakkan dan meningkatkan kesedaran tentang inovasi di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan;
  2. Memberi pengiktirafan secara formal kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang telah mencapai kecemerlangan pembudayaan dalam melaksanakan program-program peningkatan inovasi; dan
  3. Menggalakkan persaingan sihat antara Pihak Berkuasa Tempatan ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.
Ganjaran

Bentuk Kewangan

  1. Pertama : RM150,000
  2. Kedua : RM100,000
  3. Ketiga : RM50,000

Lain-Lain

Trofi (Hadiah Pertama) dan Sijil Penghargaan

Kriteria Kelayakan
  1. Inovasi yang dihasilkan oleh PBT sendiri atau inovasi melalui kerjasama kolaborasi strategik dengan agensi lain.
  2. Inovasi yang berusia dalam tempoh tiga tahun mulai tahun 2014 hingga 2016.
  3. Pemenang Tempat Pertama AIPBT tidak layak untuk menyertai AIPBT bagi tempoh 2 tahun.
Kaedah Permohonan
  1. Melengkapkan borang permohonan menyertai AIPBT 2017 seperti di Lampiran A dan ditandatangani oleh Ketua Jabatan/ Agensi;
  2. Menyediakan sembilan salinan Laporan AIPBT 2017 dalam bentuk hardcopy dan satu salinan soft copy (dalam bentuk cd atau thumbdrive); dan
  3. Mengisi senarai semak permohonan AIPBT 2017 seperti di Lampiran B.
  4. Borang penyertaan, Laporan AIPBT dan Dokumen Sokongan hendaklah dikemukakan kepada urus setia sama ada melalui pos/kurier/serahan tangan (hardcopy) dan dalam bentuk cd atau thumbdrive (softcopy) tidak lewat daripada 31 Mac 2017 (Jumaat) jam 5:00 petang di alamat berikut : Ketua Setiausaha, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bahagian Keurusetiaan Strategik dan Hubungan Antarabangsa, Aras 20, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 PUTRAJAYA. (u.p. : Urus Setia Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan 2017).
Laman sesawang
http://www.kpkt.gov.my
Emel
inovasi@kpkt.gov.my
Updated
12 Oktober 2017

Hebahkan Maklumat

MASTIC sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan maklumat STI yang berkualiti dan melaksanakan penambahbaikan serta menambah nilai perkhidmatan secara berterusan yang menjangkaui kepuasan pelanggan

Hubungi Kami

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Aras 4, Blok C5, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62662 Putrajaya, Malaysia

  Talian Terus: (603) 8885 8038

  Talian Utama: (603) 8885 8000

  Faks: (603) 8889 2980

  E-mel: mastic@mastic.gov.my

Layout Style

Page width: 1170px

Header

Direction

Predefined Colors

Background

Kod QR

QR Code for https://mastic.mosti.gov.my/ms/insentif-sti-anugerah/anugerah-inovasi-sektor-awam-aisa-inovasi-pihak-berkuasa-tempatan
  • Jumlah Pelawat: 4353007