Pusat Rujukan STI Negara

-A A +A

 

Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) - Inovasi Pentadbiran Daerah dan Tanah

Anda di sini

Kategori Anugerah
Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA)
Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah dan Tanah (AIPDT)
Organiasi Pemberi Anugerah
Jabatan Perdana Menteri
Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
Objektif Anugerah

Mengiktiraf Pejabat Daerah dan Tanah, Pejabat Residen, Pejabat Tanah dan Survei serta Pejabat Tanah dan Galian dengan sistem pengurusan yang cemerlang dan program inovatif dalam meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

Tujuan :

  1. Menggalak dan meningkatkan kesedaran tentang inovasi di peringkat pentadbiran daerah.
  2. Memberi publisiti tentang best practices inovasi agensi untuk diteladani oleh agensi yang lain.
  3. Menggalakkan persaingan sihat antara agensi Kerajaan di peringkat daerah ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.
  4. Memberi maklumbalas kepada agensi untuk meningkatkan lagi usaha-usaha penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan.
  5. Memberi pengiktirafan secara formal kepada agensi Kerajaan tersebut yang telah mencapai kecemerlangan dalam melaksanakan program-program peningkatan inovasi.
Ganjaran

Bentuk Kewangan

  1. Pertama : RM150,000
  2. Kedua : RM100,000
  3. Ketiga : RM50,000

Lain-Lain

Trofi (Hadiah Pertama) dan Sijil Penghargaan"

Kriteria Kelayakan
  1. Pejabat Daerah dan Tanah;
  2. Pejabat Daerah (yang berasingan dengan Pejabat Tanah);
  3. Pejabat Tanah (yang berasingan dengan Pejabat Daerah);
  4. Pejabat Residen;
  5. Pejabat Tanah dan Survei;
  6. Pejabat Tanah dan Galian.
Kaedah Permohonan

Pejabat yang berminat untuk menyertai Anugerah Inovasi Pejabat Daerah & Tanah (AIPDT) Tahun 2017 perlu menyempurnakan tindakan-tindakan seperti berikut :

  1. Melengkapkan Borang Permohonan Menyertai AIPDT 2017 SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) setelah mendapat persetujuan Ketua Jabatan mulai 1 Mac 2017 hingga 21 April 2017.
  2. Menyediakan Laporan Penilaian AIPDT 2017 yang mengandungi;
    • Borang permohonan yang telah dilengkapkan;
    • Melengkapkan Borang Maklumbalas Kriteria Penilaian AIPDT 2017 dan dilampirkan bersama dokumen sokongan ;
    • Slaid Inovasi & Best Practices Agensi dalam format Power Point (.ppt/.pptx) yang menerangkan inisiatif / aktiviti inovasi atau best practices di agensi serta impak & outcome daripada pelaksanaannya ;
    • Agensi perlu menyediakan folder yang mengandungi dokumen-dokumen sokongan berasaskan kriteria penilaian AIPDT yang ditetapkan ;
    • Mengemukakan produk-produk Inovasi dalam bentuk hardcopy dan softcopy (CD).
Laman sesawang
http://www.icu.gov.my/aipdt2017
Emel
mukhlis.ismail@icu.gov.my
saiful.shofian@icu.gov.my
norazaliah.ramli@icu.gov.my
Updated
12 Oktober 2017

Hebahkan Maklumat

MASTIC sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan maklumat STI yang berkualiti dan melaksanakan penambahbaikan serta menambah nilai perkhidmatan secara berterusan yang menjangkaui kepuasan pelanggan

Hubungi Kami

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Aras 4, Blok C5, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62662 Putrajaya, Malaysia

  Talian Terus: (603) 8885 8038

  Talian Utama: (603) 8885 8000

  Faks: (603) 8889 2980

  E-mel: mastic@mastic.gov.my

Layout Style

Page width: 1170px

Header

Direction

Predefined Colors

Background

Kod QR

QR Code for https://mastic.mosti.gov.my/ms/insentif-sti-anugerah/anugerah-inovasi-sektor-awam-aisa-inovasi-pentadbiran-daerah-dan-tanah
  • Jumlah Pelawat: 4353014