Pusat Rujukan STI Negara

-A A +A

 

Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) - Inovasi Pengurusan Kewangan

Anda di sini

Kategori Anugerah
Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA)
Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK)
Organiasi Pemberi Anugerah
Kementerian Kewangan Malaysia
Objektif Anugerah

Mengiktiraf inisiatif penambahbaikan sistem yang sedia ada, penjimatan perbelanjaan awam serta peningkatan hasil kerajaan melalui pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan.

Objektif :

  1. Mewujudkan piawaian dan penandaarasan melalui kriteria anugerah bagi melaksanakan sistem pengurusan kewangan yang unggul secara berinovasi di Sektor Awam;
  2. Memberikan pengiktirafan secara formal kepada Agensi Kerajaan yang telah menunjukkan hasil inovasi dalam pengurusan kewangan;
  3. Menggalakkan perkongsian pintar amalan-amalan terbaik yang menghasilkan inovasi dalam pengurusan kewangan antara Agensi Kerajaan;
  4. Memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam cara bekerja yang diamalkan;
  5. Mengenalpasti dan memperkenalkan hasil-hasil inovasi yang boleh dicontohi untuk faedah agensi lain; dan
  6. Menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
Ganjaran

Bentuk Kewangan

  1. Pertama : RM150,000
  2. Kedua : RM100,000
  3. Ketiga : RM50,000

Lain-Lain

Trofi (Hadiah Pertama) dan Sijil Penghargaan

Kriteria Kelayakan
  1. Semua Kementerian, Kerajaan Negeri, Jabatan dan Badan Berkanun (Persekutuan dan Negeri) serta Pihak Berkuasa Tempatan layak memohon dan dipertimbangkan sebagai pemenang AIPK;
  2. Inovasi hendaklah diterajui atau dihasilkan oleh Agensi Kerajaan sendiri;
  3. Agensi yang telah memenangi Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) bagi sistem aplikasi pengurusan kewangan tidak layak untuk menyertai Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK).
  4. Kerajaan Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang ingin menyertai anugerah ini hendaklah mempunyai Sijil Tanpa Teguran daripada Jabatan Audit Negara bagi Penyata Kewangan selama tiga (3) tahun berturut-turut;
  5. Agensi hendaklah mendapat penarafan sekurangkurangnya 3 bintang dalam Indeks Akauntabiliti (AI) yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara. Bagi Agensi yang masih belum mempunyai penarafan dalam hal ini, penyertaan mereka akan diputuskan berdasarkan kepada ulasan Prestasi dari Jabatan Audit Negara;
  6. Inovasi daripada hasil penyelidikan dan pembangunan atau R&D yang tidak menghasilkan peningkatan kualiti dan produktiviti dalam pengurusan kewangan sesuatu organisasi tidak layak menyertai AIPK;
  7. Inovasi yang dihasilkan hendaklah tidak melebihi tiga tahun dari tarikh ianya diperkenalkan (mulai tahun 2013);
  8. Borang Penyertaan dalam AIPK hendaklah ditandatangani oleh Ketua Agensi; dan
  9. Agensi hendaklah memberi kerjasama kepada Panel Penilai sepanjang tempoh penilaian dan bersedia untuk berkongsi idea inovasi dengan Agensi lain sekiranya dipilih sebagai pemenang.
Kaedah Permohonan
  1. Melengkapkan borang permohonan menyertai AIPK seperti di Lampiran A dengan ditandatangani oleh Ketua Agensi;
  2. Menyediakan lima (5) salinan Laporan AIPK bersama softcopy dalam bentuk PDF berdasarkan format di Lampiran B yang mengandungi penerangan dan bukti pencapaian di bawah empat (4) kriteria penilaian seperti di Lampiran C;
  3. Mengisi senarai semak permohonan AIPK seperti di Lampiran D; dan
  4. Mengemukakan borang permohonan AIPK bersama Laporan AIPK sebelum atau pada tarikh tutup seperti yang dinyatakan di dalam surat pelawaan kepada :- Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi Aras 6, Blok Selatan Kompleks Kementerian Kewangan No. 5, Persiaran Perdana Presint 2 62592 Putrajaya (u.p.: Urus Setia Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan)
Laman sesawang
http://www.treasury.gov.my
Emel
aipk@treasury.gov.my
Updated
12 Oktober 2017

Hebahkan Maklumat

MASTIC sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan maklumat STI yang berkualiti dan melaksanakan penambahbaikan serta menambah nilai perkhidmatan secara berterusan yang menjangkaui kepuasan pelanggan

Hubungi Kami

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Aras 4, Blok C5, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62662 Putrajaya, Malaysia

  Talian Terus: (603) 8885 8038

  Talian Utama: (603) 8885 8000

  Faks: (603) 8889 2980

  E-mel: mastic@mastic.gov.my

Layout Style

Page width: 1170px

Header

Direction

Predefined Colors

Background

Kod QR

QR Code for https://mastic.mosti.gov.my/ms/insentif-sti-anugerah/anugerah-inovasi-sektor-awam-aisa-inovasi-pengurusan-kewangan
  • Jumlah Pelawat: 4352664